Portal Home > Knowledgebase > 1- Mengenai Produk & Tempahan (Order) > Produk WebHosting + Domain


Produk WebHosting + Domain




Apa itu Web Hosting? Apa itu domain?

Web Hosting atau hosting adalah tempat dimana data-data sesuatu laman web disimpan. Seperti script & database, gambar, artikel, database dan sebagainya yang digunakan untuk dimuatkan kedalam sesuatu laman web. Manakala domain merupakan alamat kepada sesuautu laman web. Jadi salinghubung antara hosting dan domain ialah domain yang dijadikan sebagai alamat akan dihost kan ke hosting, atau dalam erti kata lain dihalakan ke hosting. Apabila pengguna-pengguna internet menaip nama domain anda di web browser maka ianya akan dihalakan ke hosting anda yang menyimpan data-data untuk dipaparkan pada web browser.Jadi Domain dan webhosting adalah 2 benda yang harus anda miliki apabila ingin membangunkan sesuatu laman web.

Bagi menyewa sesuatu webhosting anda juga perlu memahami serba sedikit spesifikasi seperti disk space, monthly traffic, subdomain, mysql dan banyak lagi. Untuk pemahaman lebih jelas anda boleh rujuk contoh dibawah iaitu contoh hosting yang ditawarkan oleh kami Tinjau Hosting.

 

Contoh :  Pakej Basic - Tinjau Hosting

Basic (Budget Plan) -
FREE 1 Domain (.com, .net, .org, .biz)
1 GB Storage Space
10 GB Monthly Bandwidth
Unlimited MySQL Databases
Unlimited Sub Domains
1 Addon Domain (Quota)
1 Parked Domain (Quota)
Unlimited e-mail Accounts
Unlimited FTP Accounts
CGI Access
FREE Setup
FREE Web Templates using Softaculous Auto Installer
99.9% Uptime: Guarantee
24x7 Ticket Support

Free Domain Registration on selected payment terms


 

 


 

FREE 1 Domain (.com, .net, .org, .biz) Bermaksud nama domain yang harus anda beli (contoh www.tinjau.net) untuk website anda, akan diberi secara PERCUMA sepanjang melanggan pakej hosting ini. Ada sesetengah  penyedia hosting mengenakan caj sewaan tahunan. Kebiasaannya RM35-40 setahun, tetapi melalui pakej Basic kami ianya diberi secara PERCUMA.

0.5 GB Storage / Disk SpaceBermaksud Kapasiti hosting anda untuk menyimpan data-data seperti coding-coding, gambar, artikel dan sebagainya. Bacaan kapasiti hosting dapat dilihat didalam cpnel dan sekiranya penggunaan melebihi kapasiti yang diberikan anda boleh upgrade kapasiti tersebut

10 GB Monthly BandwidthJumlah traffic keluar masuk pelawat ke laman web anda didalam masa sebulan

Unlimited MySQL DatabasesMySQL Database tiada limit. Bermaksud anda boleh mewujudkan seberapa banyak database. MySQL Database ini merupakan lokasi pengkalan data laman web anda disimpan. Bagi yang baru ingin memiliki laman web pasti kurang jelas dan merasakan perlu mengetahu atau mempelajari MySQL terlebih dahulu sebelum mula membina laman web. Sebenarnya tidak. Didalam semua pakej yang kami sediakan ianya tidak memerlukan kepakaran anda didalam MySQL ini, kerana semua template-template website dinamik kami telah menyediakan dan boleh membina MySQL database untuk anda. Anda tidak perlu mengambil kursus atau belajar lebih tinggi mengenainya.

Unlimited Sub Domains Apa itu sub domain? Ia merupakan sub kepada domain utama anda. Anda pernah melihat sesetengah laman web menggantikan www kepada perkataan lain? contoh http://hosting.tinjau.net alamat website beginilah yang dipanggil sub domain. Untuk semua pakej kami, anda boleh mewujudkan seberapa banyak sub domain yang dinginkan.

1 Addon Domain Bermaksud anda boleh menambah satu lagi domain untuk dihalakan ke hosting anda. Contoh jika anda sudah membeli pakej ini dan memperolehi secara percuma domain 1) www.tinjau.net  setelah 6 bulan kemudian anda ingin bangunkan satu lagi website lain jadi anda tidak perlu membeli satu lagi hosting lain anda cuma perlu membeli satu domain lain  dan dihalakan ke hosting sedia ada anda. Jadi disini bermaksud anda memilik dua website yang berbeza didalam satu hosting.

1 Parked DomainPark domain membawa maksud domain tambahan yang anda ingin point ke website yang sama. Contoh anda sudah memilik www.tinjau.net dan anda inginkan satu lagi domain iaitu www.tinjau.com untuk di point kan ke website yang sama. Jadi apabila  pengguna internet menaip kedua-dua domain tersebut www.tinjau.net atau www.tinjau.com maka web browse akan paparkan website yang sama.

Unlimited e-mail AccountsBermakna anda boleh wujudkan seberapa banyak akaun email menggunakan nama domain anda. contoh : ali@namadomainanda.com, siti@xxx.com

Unlimited FTP Accounts -  FTP akaun ialah akaun untuk anda wujudkan bagi mengakses server. Bagi tujuan download, upload file. Disarankan anda menggunakan cpanel kerana iannya lebih mudah kerana semua aplikasi berada di cpanel

CPanel Ialah direktori utama hosting anda. Selepas kami melakukan setup hosting dan domain anda anda akan diberikan satu link cpanel anda beserta username dan password. Sila rujuk tutorial Cpanel untuk maklumat selanjutnya.

FREE SetupSetup disini bermaksud pemasangan dan konfigurasi hosting dan domain yang ditempah. Selepas pembayaran dilakukan setup akan dilakukan untuk membolehkan domain dan hosting disalinghubung dan dapat online di internet

FREE Web Templates using Softaculous Auto Installer Softaculous Auto Installer ialah satu aplikasi yang digunakan untuk anda design laman web anda. Seperti pada penerangan mengenai MySQL tadi. Inilah aplikasi yang dimaksudkan bertindak didalam membina SQL database anda. Aplikasi ini menyediakan hampir ratusan template yang boleh anda guna pakai untuk design website anda. Antara kategori-kategori website ialah seperti Blog, Portal CMS, Forum, Wiki, E-Commerce, Bussines, Shopping Cart dan lain-lain. Pemasangan sangat mudah hanya pilih script yang diinginkan seterusnya klik install.  Sebagai gambaran awal anda boleh melihat preview Aplikasi Softaculous seperti dibawah.

Pertanyaan? Hubungi Kami Sekarang

Tempah Sekarang WebHosting + Domain (Percuma) Sekarang

Lihat Panduan Tempahan Webhosting + Domain (Percuma)

 

 



Was this answer helpful?

Add to Favourites Add to Favourites    Print this Article Print this Article

Also Read

Powered by WHMCompleteSolution

Language:

Customer Testimonials

Adam
Terima kasih tinjau. Sy melanggan sejak 2011 service memang terbaik..
Salmi
Much better than my previous hosting company - I also got help with migration at no extra cost. Friendly support too.