Portal Home > Knowledgebase > Affiliate Program > Panduan Penyertaan Program Affiliate Tinjau Dot Net


Panduan Penyertaan Program Affiliate Tinjau Dot Net




Apakah itu "Program Affiliate TDN "?

Program affiliate TDN (Tinjau Dot Net) membolehkan anda mempromosikan "Produk-produk Tinjau Dot Net" kepada orang ramai, kenalan, saudara mara dan sekiranya terdapat jualan, anda akan menerima komisen sebanyak 15% daripada harga jualan secara berterusan. Apa yang dimaksudkan berterusan? Berterusan bermaksud anda akan menerima komisen selagi pelanggan tersebut memperbaharui (renew) perkhidmatan dengan kami. 

Contoh:
Syarikat A melanggan pakej Website Company berharga RM1500/setahun melalui link Affiliate anda. Anda akan menerima komisen 15% daripada harga langganan iaitu 15% daripada RM1500 bersamaan RM225. Cukup tempoh 1 tahun langganan Website Syarikat A akan luput dan Syarikat A perlu memperbaharui langgan dengan membayar RM225 kepada Tinjau Dot Net untuk tahun kedua, jika Syarikat A memperbaharuinya maka anda akan menerima komisen untuk tahun kedua iaitu sebanyak RM225. Begitulah untuk tahun-tahun berikutnya sehingga Syarikat A menamatkan langgan mereka.

*Jika langganan produk secara bulanan, maka tiap-tiap bulan anda akan memperolehi komisen. 

Bagaimanakah saya boleh promosikan produk-produk?

Setelah anda mendaftar sebagai Affiliate Tinjau Dot Net anda akan diberikan satu link Affiliate untuk anda promosi. Terdapat pelbagai cara untuk anda promosikan link anda iaitu mealui:

  • Daftarkan pelanggan melalui link Affiliate anda
  • Memasukkan banner pada blog anda
  • Promosikan link/banner Affiliate anda di laman sosial (FB, Twitter, Whatapps dll), Forum, Email dan lain-lain

**(Penting) Pastikan anda mempromosi dengan cara beretika iaitu tidak melakukan SPAM. Staff kami akan sentiasa memantau dan sekiranya anda mempromosi dengan melakukan SPAM akaun Affiliate anda akan dibatalkan serta merta. 

 

Bagaimana untuk saya mula ?

Caranya mudah sahaja. 

  1. Daftar akaun Affiliate (KLIK SINI)
  2. Isi maklumat-maklumat anda (pastikan maklumat-maklumat betul dan tepat
  3. Kemudian Klik Affiliate login 
  4. Klik "Activate Affiliate Account" dan anda akan dapat melihat link Affiliate, banner-banner untuk tujuan promosi.
  5. Anda dinasihatkan melihat pakej-pakej produk kami untuk memudahkan anda melakukan promosi

Kepada blogger-blogger boleh lah memasang banner-banner di laman blog anda.

Jika anda mempunyai kenalan, sahabat, saudara mara yang berminat untuk mana-mana pakej kami saranan anda lakukan sendiri tempahan untuk mereka dengan menggunakan link Affilliate anda.


Bolehkah saya, mendaftar sebagai Affiliate dan melakukan tempahan untuk diri saya sendiri?
Boleh, tiada masalah. Pihak kami menganggap ianya satu pemberian rebet pada anda. Sila pastikan Email akaun anda berbeza diantara Akaun Affiliate dan Akaun Tempahan Produk. Kegagalan anda meletakkan email yang berbeza akan menyebabkan sistem kami gagal mengesan komisen Affliate anda.

Selepas saya berjaya mempromosi dan bilakah wang komisen boleh dituntut?
Anda boleh menuntut komisen anda pada 1hb hingga 15hb tiap-tiap bulan dan pihak kami akan mengeluarkan cek/bank-in pada lingkungan 16hb hingga 30hb. Jika anda menuntut pada 15hb hingga 31hb maka cek komisen anda akan dikeluarkan pada 16hb hingga 30hb berikutnya. 
Cara untuk anda menuntut adalah sangat mudah:-

  1. Login Akaun Affiliate anda
  2. Klik Butang 'Request Withdrawal seperi gambar dibawah.
  3. Pihak kami akan menerima email dan bayaran akan dilakukan. 

 

Penyertaan ada terhad kepada 50 Affiliate. Cepat sertai kami sekarang.
Jika terdapat laini-lain pertanyaan sila hubungi kami sekarang



Was this answer helpful?

Add to Favourites Add to Favourites    Print this Article Print this Article


Powered by WHMCompleteSolution

Language:

Customer Testimonials

Adam
Terima kasih tinjau. Sy melanggan sejak 2011 service memang terbaik..
Salmi
Much better than my previous hosting company - I also got help with migration at no extra cost. Friendly support too.